Monday, September 29, 2008

KEPADA PERWAKILAN BERANI BERUBAH

Kalau tuan memilih intan
cukup saya dengan suasa
kalau tuan jadi perwakilan
inilah masa tunjuk kuasa

Dari tedong ke Rantau Panjang
dapat sekati daging rusa
pemuda kini dah besar panjang
mengapa diam tak bersuara

kalau tuan ke gua niah
sudahkah cukup dengan bekalan
pada perwakilan diucap tahniah
kerana benar kita berlawan

kalau duduk asyik termenung
sedar lah hari semakin petang
pada perwakilan harapan menggunung
pulihkan semangat untuk berperang

usah kemaruk air kelapa
kalau diikut badan binasa
jasa perwakilan tak kan dilupa
cetuskan semangat selamatkan bangsa

muda dan mudi pergi ke sawah
tanak beras nasinya hangit
sedikit budi bukannya mudah
seberat bumi antara langit

Orang muda pergi membajak
ambil cangkul tepi bangsal
jadilah tuan pemilih yang bijak
jangan sampai terbit sesal

jangan diikut badan yang letih
sambil sambil balingkan joran
sedikit nasihat bila memilih
gunakan akal tetapkan fikiran

emak didapur memilih pinggan
pinggan yang elok diisi bubur
tugas memilih bukanya ringan
jika tersilap UMNO Berkubur

Jika mahu menyimpan permata
jangan disorok atas bendul
Calon Gemilang di depan mata
mengapa dipilih calon yang sugul

saya ingin minta tolong
Belikan saya sekati pulut
YB Mukriz kita sokong
selamatkan pemuda dari jumud

Tuesday, September 23, 2008

SELAMAT HARI RAYA


Kami Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Tedong Pekan Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan Batin

PPSMI

Sudah hampir 6 tahun PPSMI dijalankan di sekolah di seluruh Malaysia. Pelbagai kontroversi menyelubungi sistem pengajaran ini. Terdapat sumber yang sahih mengatakan bahawa pengajaran ini akan kembali ke BM pada tahun hadapan. Sumber dari Kementerian Pelajaran Malaysia, buku teks sains dan matematik dalam BM telah mula dicetak dan akan diedarkan ke seluruh sekolah bermula awal tahun hadapan. Program pembelajaran ini akan mula diajar pada murid tahun satu 2009 dan akan berterusan untuk tahun-tahun berikutnya dalam BM. oleh yang demikian sudah pasti ramai pihak yang terkilan kerana projek PPSMI yang diperkenalkan diera pemerintahan Tun Dr.Mahatdir akan ditamatkan dengan menelan belanja 5 bilion ringgit.

Friday, September 19, 2008

SMS

Petang tadi saya ada menerima SMS dari nombor yang tidak diketahui. ringkas sahaja sms tersebut Mugkin berita ini lucu dan juga mungkin berita ini memeranjatkan saya. jom kita baca
Terkini... Dato'Seri Anwar Ibrahim berjaya memprolehi 42 kerusi tambahan, 18 kerusi dari IKEA, 14 kerusi dari Courts Mammoth, 10 kerusi dari Fella Design....sekarang meja pula kurang.

Thursday, September 4, 2008

MESYUARAT AGUNG UMNO

Pada 30/08/2008, maka telah selesai semua cawangan UMNO di dalam Dun Serkam mengadakan Mesyuarat agung untuk tempoh 2008-2011. Semua mensyuarat yang telah dijadualkan oleh UMNO Bahagian Jasin berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Melalui pemerhatian saya sepanjang berlangsungnya mesyuarat cawangan, terdapat kelainan dan perubahan yang ketara dalam pemilihan ketua cawangan yang telah dilantik. Semua ketua cawangan ini kebanyakanya adalah muka-muka baru yang memenangi dalam pertandingan tersebut, kompromi dan sebagainya. Terdapat beberapa bekas ketua cawangan yang kalah dalam pemilihan tersebut dan akur ke atas kehendak akar umbi. Ada sesuatu yang menarik untuk saya kongsikan di UMNO Cawangan Tedong Pantai, bekas ketua cawangan tersebut telah dikalahkan oleh seorang muka baru yang berpengaruh dikalangan pemuda dan belia. Menariknya disini, hampir sebilangan besar masyarakat Tedong Pantai memberikan kepercayaan kepada tokoh pemuda ini untuk mewakili mereka. Mungkin orang Tedong pantai mahukan perubahan agaknya ? Sebagai sahabat lama, berkecimpung dalam pemuda sekalung tahniah kepada ketua cawangan Tedong Pantai yang baru mungkin anda berpeluang cerah dalam politik ini berdasarkan kelebihan yang ada padanya. Tidak kurang juga dengan perubahan ketua cawangan baru antara cawangan yang mendapat ketua baru melalui pemilihan akar umbi ialah Cawangan Sempang Pekan, Sempang,Tedong Pantai,Tedong Pekan, Tedong, Bukit Serkam, Serkam, Pulai Barat, Pulai Darat, Bukit Tembakau. Apa yang diharapkan dengan perubahan ini, amanah yang dipikul perlu bersandarkan kepada rasa tanggungjawab terhadap masyarakat yang telah mempercayai anda.

Ramadan Al-Mubaraq


Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Tedong Pekan mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua Muslimin dan Muslimat.

Wednesday, September 3, 2008

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA

Pada 30.08.2008, Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Tedong Pekan bersama UMNO,Wanita dan Puteri telah mengadakan sambutan Ambang Merdeka peringkat cawangan. Pelbagai program menarik telah diatur untuk menyemarakan ambang kemerdekaan negara yang ke 51 tahun. Program yang dirancang dimulakan dengan kenduri kesyukuran sempena Bulan Syaaban. Persiapan awal dimulakan dengan orang kampung bergotong royong menyediakan jamuan, diketuai oleh Cik Lun, selaku ketua wanita menggerakan kumpulanya menyediakan lauk pauk sebagai juadah untuk kenduri pada sebelah malamnya. Antara lauk yang disediakan ialah, nasi puteh, gulai kari daging, rojak darat,ikan kering, paceri asam dan lauk jawa. Enak sekali rasanya. Tahniah kepada cik Lun dan kakitanganya sungguh semangat sekali. Pada sebelah malamya acara dimulakan dengan doa selamat dan kenduri diikuti oleh Ucapan Ketua UMNO Cawangan Tedong Pekan cik Talib. Ada juga ceramah kemerdekaan oleh tamu jemputan kami selaku Veteren UMNO, nyayian patriotik karaoke, cabutan nombor bertuah dan acara kemuncak nyayian serta menaikan bendera Malaysia dan Melaka diiringi percikan bunga api. Tak lupa juga Perasmian majlis kami dilakukan oleh Y.B Datuk Haji Ahmad Hamzah selaku Ahli Parlimen Jasin. Setulus budi buat kehadiran Y.B Tuan Haji Ghazalie bin Muhamad ADUN Serkam dan Y.B Senator Datuk Akbar bin Ali (anak jati tedong). Akhir sekali tahniah kepada semua AJK yang terlibat dalam majlis ini.

Monday, August 25, 2008

PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS PERLU DITERUSKAN UNTUK KEPENTINGAN BANGSA MELAYU.

Apabila di sebut pelajaran BI sahaja sememangnya orang melayu merasakan satu pelajaran yang sukar untuk diikuti oleh sebahagian besar anak melayu. Program yang telah direncanakan ini merupakan satu anjakan paradiqma yang amat berkesan bagi melahirkan sebuah bangsa melayu yang mampu bersaing diperingkat global dan glokal. Namun pada hari ini terdapat cakap-cakap yang inginkan P&P ini dihentikan dan kembali kepada dahulu kala. Kalu dikira terdapat pro dan kontra atas candangan ini, namun kalu di fikir dan dikaji semasak-masaknya terdapat bibit kebaikan akan muncul selepas beberapa tahun ia dilaksanakan. Memang benar hasil yang yang akan diperolehi pada awal-awal perlaksanaan amat mendukacitakan, tetapi hasil untuk tahun berikutnya mungkin amat memberangsangkan. Sebagai oarang yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan, saya beranggapan bahawa program yang bagus ini harus diteruskan kerana apa yang dapat dilihat pemasalahanya ialah pengguasaan bahasa inggeris yang lebih baik oleh pelajar khususnya anak melayu. bukanya pengajaran sains dan matematik dalam BI menyebabkan pencapaian murid menjadi mundur. ianya boleh diatasi sekiranya BI dapat dikuasai oleh murid maka tiada pemasalahanakan timbul dalam pengajaran sains dan matematik dalam BI. Oleh itu apa yang dapat dilihat disini sebenarnya ialah penguasaan BI yang perlu lebih baik barulah hasil ini dapat dilihat di dalam pengajaran sains dan matematik dalam BI.
Dari segi politik pihak pembangkang khusunya DAP pada dasarnya tidak mahu melihat anak melayu pandai dalam BI, sebenarnya mereka ini takut apabila kepandaian anak melayu dalam BI akan mengatasi anak2 mereka dari segala aspek. Dalam erti kata yang sebenar mereka ini mahu melihat anak melayu terus mundur dan ketinggalan dalam semua ilmu dan tidak setaraf anak mereka. INILAH AGENDA DAP YANG TERSEMBUNYI. sebenarnya idea ini amat bagus untuk jangka panjang bagi memantapkan anak melayu. apakah kita mahu melihat anak melayu mundur hanya faktor bahasanya. kalu dilihat hari ini anak melayu hanya mampu menguasai bahasa ibunda, kita tidak mampu menguasai bahasa lain seperti cina dan india, tetapi anak cina mampu untuk menguasai 2 bahasa iaitu bahasa ibundanya dan bahasa melayu. lihatlah kelebihanya, oleh itu BI ini perlu sebagai batu penimbangnya.
Mari kita kaji dari segi perlaksanaanya, pihak pembangkang mengatakan SRJKC dan SRJKT bermasalah untuk mengajar subjek sains dan matematik dalam BI, sebaliknya mereka inilah yang membuat persediaan awal dengan menghantar anak mereka di kelas-kelas tusyen luar sebagai persiapan awal untuk anak2nya. Malangnya bagi orang melayu, apa yang kita buat untuk anak-anak kita? hanya mengaharapkan pihak sekolah untuk berbuat sesuatu. Amat malang sekali apabila ada pula yang menyokong agar memberhentikan sahaja program ini. Oleh itu jagan salahkan dasar yang telah dirancang sebaliknya kita salahkan diri kita apa yang kita buat untuk anak dan diri kita dalam memantapkan lagi pengusaan BI. Orang melayu bangkitlah dari pemikiran yang kuno ini majulah setapak lagi. berikan idea dan cadangan yang bernas bukan mencaci atau menghina program yang amat murni ini.

Sunday, August 24, 2008

AKTIVITI PEMUDA UMNO TEDONG PEKAN.

Biro sukan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Tedong Pekan akan mengadakan satu pertandingan sepak takraw tertutup kampung Tedong. Pertandingan yang masuk kali ke 5 ini telah menjadi sebagai salah satu acara tetap pemuda. Ia juga bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan dapat mengeratkan hubungan silahturahim antara pemuda. Keakraban pemimpin dengan ahli mampu untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu, bekerjasama tanpa ada perbezaan kaum dan politiknya.
Tarikh pertandingan: 24.08.2008
Hari: Ahad
Masa: 8.00 pagi
"Semua di jemput hadir"

Friday, August 22, 2008

AJK PEMUDA TEDONG PEKAN 2008-2011


Seperti yang dinyatakan mesyuarat Agung UMNO Tedong Pekan telah berlangsung dalam suasana harmoni dengan rasa muhibah di kalangan ahli parti. Begitu juga dengan Pergerakan Pemuda UMNO Tedong Pekan dapat menjalankan mesyuarat agung dengan tenang. Ini semua dapat dijalankan dengan mudah tanpa wujudnya pertandingan dalam sayap pemuda. Kompromi yang dirangka berjaya apabila kedua-dua kumpulan menerima guna pakai plan yang dirancang tanpa wujunya perasaan tidak puas hati. Adalah menjadi harapan pemuda tedong pekan kembali bersatu seperti dahulu dan menjadi pergerakan pemuda yang aktif di dun Serkam dan Parlimen Jasin, semestinya menjadi contoh tauladan kepada cawangan lain di Malaysia.Kami ahli sayap pemuda masih sayangkan parti UMNO sebagai parti nasionalis kami dalam memperjuangkan hak bangsa melayu. Kami juga masih setia untuk bersatu di bawah pemerintahan kerajaan BN untuk menerajui Malaysia yang dicintai ini. Sesungguhnya kami sedar UMNO masih lagi releven seperti mana dahulu walaupun pelbagai dugaan hebat melanda. Semua yang ditulis ini adalah amanat dari akar umbi yang mahu UMNO menjadi medan untuk menyalurkan pelabagai masalah untuk dikenal pasti dan dikaji. Kami juga berharap dengan semangat yang begitu membara di kalangan ahli pemuda menjadi pemangkin dan pembakar semangat untuk bersatu demi memenangkan calon pada pilihan raya ke 13 nanti. Harapan kami kepada Y.B jengok-jengoklah masalah pemuda ini, cuba atasi segala masalah kami, dan kami percaya Y.B mampu untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh kami. Kami berharap segala keharmonian ini akan kekal selamanya.

Friday, August 15, 2008

KOMPROMI

Memandangkan hari mesyuarat agung tinggal 2 hari sahaja lagi, dengan keaadaan/situasi panas yang sedang melanda pemuda kami. Satu pendekatan murni telah diambil oleh bapa angkat kami bagi meredakan segala kekusutan ini. Beliau telah memanggil ketua bagi kumpulan tersebut untuk mengadakan perbincangan dan musyawarah bagi mencari jalan terbaik untuk menguraikan masalah ini. Pendekatan secara berbincang atau bersemuka diguna pakai bagi melihat 2 kumpulan yang menawarkan diri dapat mencari satu jalan yang terbaik. Usaha yang dilakukan setakat artikel ini ditulis membuahkan hasil. Kesepakatan mula dapat dilihat dari pertemuan yang dirancang. Mereka ini telah mengambil satu inisiatif iaitu mengadakan kompromi dengan harapan mesyuarat pada malam tersebut berjalan dengan lancar tanpa melibatkan pertandingan bagi kesemua sayap. Adalah amat diharapkan agar persetujuan yang diguna pakai ini di terjemahkan pada malam tersebut. Segala pandangan serong dari mereka yang ingin melihat pemuda Tedong Pekan berbalah tidak kesampaian di atas kompromi ini. Oleh yang demikian inisiatif yang diguna pakai ini harus dijadikan contoh kepada mana-mana cawangan yang akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat. Penulis juga mengaharapkan agar keputusan yang telah dibuat ini benar menjadi kenyatan. Harapan agar Pemuda Tedong Pekan bersatu menjadi kenyataan.

Thursday, August 14, 2008

Kouta 10 % bukan bumiputera masuk UITM

Merujuk kepada isu yang dibuat oleh Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor, kami Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Tedong Pekan membantah sekeras-kerasnya cadangan tersebut. Cadangan yang diibaratkan "seperti kaduk naik junjung" ini dibuat berdasarkan campur tangan dari pihak tertentu yang ingin melihat keistimewaan kaum melayu terhakis. Amat malang bagi rakyat Selangor mempunyai menteri besar seperti ini. Mereka ini diibaratkan seperti "lembu dicucuk hidung" hanya menuruti kehendak orang lain tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat melayu. Adalah amat tidak wajar sebagai seorang menteri besar membuat kenyataan sedemikian ianya mengguris hati masyarakat melayu khasnya. Sebagai orang melayu beliau sepatutnya memikirkan cara-cara khusus untuk memartabatkan bangsanya sendiri bukanya membuka keistimewaan yang telah dinikmati selama ini. Inilah perjuangan PKR selama ini bukan perjuangkan nasib Melayu sebaliknya perjuangkan hak pihak tertentu yang tidak senang melihat kedudukan bangsa melayu yang terjamin pada hari ini. Dalam situasi seperti ini sepatutnya menteri besar memohon maaf kepada orang melayu diatas lontaran apa yang diucapkanya. Oleh yang demikian kepada penyokong PKR fikirkanlah apakah yang anda kecapi pada hari ini atas usaha PKR sendiri? jawapanya ada pada anda "tepuk dada tanyalah selera".

Wednesday, August 13, 2008

Mesyuarat Agung Pemuda UMNO Tedong Pekan.

Sinopsis:

Bila disebut sahaja Kampung Tedong, teringat kita dengan sejarah Tedong Pekan pada tahun 1998, "peristiwa" yang masih segar dalam ingatan. Bila tiba musim pemilihan sebegini memori segar ini pasti akan bermain kembali menyorot segala kenangan yang telah berlalu. Telah diakui Tedong Pekan merupakan sebuah cawangan UMNO yang terkuat di dalam Dun Serkam dan Parlimen Jasin. Majoriti ahlinya masih teguh , padu dan jitu pada wadah perjuangan melayu tersohor ini. Diakui bahawa padunya orang Tedong Pekan, mampu untk memenangkan setiap calon yang bertanding di dalam dun mahupun parlimen waima calon itu bukan berasal dari Dun Serkam (parashut) .Telah diceritakan turun temurun bahawa siapa sahaja yang menjadi calon di Dun Serkam pasti menang besar disebabkan dibantu oleh pengundi dari Peti Undi Tedong. Begitulah serba sedikit cerita UMNO Tedong Pekan.

Pergerakan Pemuda UMNO Tedong Pekan akan mengadakan mesyuarat agungnya pada minggu ini. Melihatkan keadaan situsi tersebut, diyakini terdapat dua orang pemimpin ingin menawarkan diri untuk bertanding bagi merebut jawatan ketua pemuda cawangan. Ketua pemuda cawangan terdahulu ingin melepaskan jawatanya dan ingin memberi ruang kepada muka-muka baru untuk menerajui cawangan ini. Mereka ini telah mula berkempen dan mencari pengaruhnya tersendiri. Kekuatanya seimbang. Adalah diharapkan pertandingan ini berlaku secara sihat, tanpa ensiden yang tidak diingini. oleh yang demikian, ayuh pemudaku gunakan peluang ini sebaik mungkin bagi memilih ketua pemuda dan barisan AJK yang benar-benar berkaliber dan bertanggungjawab pada tugas dan amanah yang ingin digalas. Mesyuarat ini juga diadakan secara bersama UMNO,PEMUDA,WANITA dan PUTERI. Sesiapa yang ingin meyaksikan, anda dipelawa untuk melihat dan meyaksikan mesyuarat ini pada:

Tarikh : 17 August 2008.
Hari : Ahad
Masa : 8.30 malam.
Tempat : Balai Raya Tedong Pekan, 77300, Merlimau Melaka.
Jumlah keahlian Pemuda Tedong Pekan : 125 orang


Nota: keputusan pemilihan akan saya paparkan bersama fotonya.

Senarai AJK Pemuda UMNO Tedong Pekan

Senarai AJK Pemuda UMNO Tedong Pekan 2006-2008.

Ketua pemuda: En.Norizan bin Md Yusuf

Naib ketua : En.Abu Husin bin Abu Hasan.

P/SU : En.Sofiyan bin Md Dahan.

P.Bendahari : En.Norazman bin Ali Hasan

Penerangan : En.Rosli bin Abdullah.

AJK :

En.Zulkhaimi bin Hj Md Lazan

En.Ariffin bin Yunus.

En.Norizam bin Ali Hasan.

En.Shukor bin Dolah.

En.Wahab bin Md Selan.

En.Ahmad Fansuri bin Husin

En.Johari bin Khamis