Monday, September 29, 2008

KEPADA PERWAKILAN BERANI BERUBAH

Kalau tuan memilih intan
cukup saya dengan suasa
kalau tuan jadi perwakilan
inilah masa tunjuk kuasa

Dari tedong ke Rantau Panjang
dapat sekati daging rusa
pemuda kini dah besar panjang
mengapa diam tak bersuara

kalau tuan ke gua niah
sudahkah cukup dengan bekalan
pada perwakilan diucap tahniah
kerana benar kita berlawan

kalau duduk asyik termenung
sedar lah hari semakin petang
pada perwakilan harapan menggunung
pulihkan semangat untuk berperang

usah kemaruk air kelapa
kalau diikut badan binasa
jasa perwakilan tak kan dilupa
cetuskan semangat selamatkan bangsa

muda dan mudi pergi ke sawah
tanak beras nasinya hangit
sedikit budi bukannya mudah
seberat bumi antara langit

Orang muda pergi membajak
ambil cangkul tepi bangsal
jadilah tuan pemilih yang bijak
jangan sampai terbit sesal

jangan diikut badan yang letih
sambil sambil balingkan joran
sedikit nasihat bila memilih
gunakan akal tetapkan fikiran

emak didapur memilih pinggan
pinggan yang elok diisi bubur
tugas memilih bukanya ringan
jika tersilap UMNO Berkubur

Jika mahu menyimpan permata
jangan disorok atas bendul
Calon Gemilang di depan mata
mengapa dipilih calon yang sugul

saya ingin minta tolong
Belikan saya sekati pulut
YB Mukriz kita sokong
selamatkan pemuda dari jumud

Tuesday, September 23, 2008

SELAMAT HARI RAYA


Kami Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Tedong Pekan Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan Batin

PPSMI

Sudah hampir 6 tahun PPSMI dijalankan di sekolah di seluruh Malaysia. Pelbagai kontroversi menyelubungi sistem pengajaran ini. Terdapat sumber yang sahih mengatakan bahawa pengajaran ini akan kembali ke BM pada tahun hadapan. Sumber dari Kementerian Pelajaran Malaysia, buku teks sains dan matematik dalam BM telah mula dicetak dan akan diedarkan ke seluruh sekolah bermula awal tahun hadapan. Program pembelajaran ini akan mula diajar pada murid tahun satu 2009 dan akan berterusan untuk tahun-tahun berikutnya dalam BM. oleh yang demikian sudah pasti ramai pihak yang terkilan kerana projek PPSMI yang diperkenalkan diera pemerintahan Tun Dr.Mahatdir akan ditamatkan dengan menelan belanja 5 bilion ringgit.

Friday, September 19, 2008

SMS

Petang tadi saya ada menerima SMS dari nombor yang tidak diketahui. ringkas sahaja sms tersebut Mugkin berita ini lucu dan juga mungkin berita ini memeranjatkan saya. jom kita baca
Terkini... Dato'Seri Anwar Ibrahim berjaya memprolehi 42 kerusi tambahan, 18 kerusi dari IKEA, 14 kerusi dari Courts Mammoth, 10 kerusi dari Fella Design....sekarang meja pula kurang.

Thursday, September 4, 2008

MESYUARAT AGUNG UMNO

Pada 30/08/2008, maka telah selesai semua cawangan UMNO di dalam Dun Serkam mengadakan Mesyuarat agung untuk tempoh 2008-2011. Semua mensyuarat yang telah dijadualkan oleh UMNO Bahagian Jasin berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Melalui pemerhatian saya sepanjang berlangsungnya mesyuarat cawangan, terdapat kelainan dan perubahan yang ketara dalam pemilihan ketua cawangan yang telah dilantik. Semua ketua cawangan ini kebanyakanya adalah muka-muka baru yang memenangi dalam pertandingan tersebut, kompromi dan sebagainya. Terdapat beberapa bekas ketua cawangan yang kalah dalam pemilihan tersebut dan akur ke atas kehendak akar umbi. Ada sesuatu yang menarik untuk saya kongsikan di UMNO Cawangan Tedong Pantai, bekas ketua cawangan tersebut telah dikalahkan oleh seorang muka baru yang berpengaruh dikalangan pemuda dan belia. Menariknya disini, hampir sebilangan besar masyarakat Tedong Pantai memberikan kepercayaan kepada tokoh pemuda ini untuk mewakili mereka. Mungkin orang Tedong pantai mahukan perubahan agaknya ? Sebagai sahabat lama, berkecimpung dalam pemuda sekalung tahniah kepada ketua cawangan Tedong Pantai yang baru mungkin anda berpeluang cerah dalam politik ini berdasarkan kelebihan yang ada padanya. Tidak kurang juga dengan perubahan ketua cawangan baru antara cawangan yang mendapat ketua baru melalui pemilihan akar umbi ialah Cawangan Sempang Pekan, Sempang,Tedong Pantai,Tedong Pekan, Tedong, Bukit Serkam, Serkam, Pulai Barat, Pulai Darat, Bukit Tembakau. Apa yang diharapkan dengan perubahan ini, amanah yang dipikul perlu bersandarkan kepada rasa tanggungjawab terhadap masyarakat yang telah mempercayai anda.

Ramadan Al-Mubaraq


Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Tedong Pekan mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua Muslimin dan Muslimat.

Wednesday, September 3, 2008

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA

Pada 30.08.2008, Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Tedong Pekan bersama UMNO,Wanita dan Puteri telah mengadakan sambutan Ambang Merdeka peringkat cawangan. Pelbagai program menarik telah diatur untuk menyemarakan ambang kemerdekaan negara yang ke 51 tahun. Program yang dirancang dimulakan dengan kenduri kesyukuran sempena Bulan Syaaban. Persiapan awal dimulakan dengan orang kampung bergotong royong menyediakan jamuan, diketuai oleh Cik Lun, selaku ketua wanita menggerakan kumpulanya menyediakan lauk pauk sebagai juadah untuk kenduri pada sebelah malamnya. Antara lauk yang disediakan ialah, nasi puteh, gulai kari daging, rojak darat,ikan kering, paceri asam dan lauk jawa. Enak sekali rasanya. Tahniah kepada cik Lun dan kakitanganya sungguh semangat sekali. Pada sebelah malamya acara dimulakan dengan doa selamat dan kenduri diikuti oleh Ucapan Ketua UMNO Cawangan Tedong Pekan cik Talib. Ada juga ceramah kemerdekaan oleh tamu jemputan kami selaku Veteren UMNO, nyayian patriotik karaoke, cabutan nombor bertuah dan acara kemuncak nyayian serta menaikan bendera Malaysia dan Melaka diiringi percikan bunga api. Tak lupa juga Perasmian majlis kami dilakukan oleh Y.B Datuk Haji Ahmad Hamzah selaku Ahli Parlimen Jasin. Setulus budi buat kehadiran Y.B Tuan Haji Ghazalie bin Muhamad ADUN Serkam dan Y.B Senator Datuk Akbar bin Ali (anak jati tedong). Akhir sekali tahniah kepada semua AJK yang terlibat dalam majlis ini.