Friday, August 22, 2008

AJK PEMUDA TEDONG PEKAN 2008-2011


Seperti yang dinyatakan mesyuarat Agung UMNO Tedong Pekan telah berlangsung dalam suasana harmoni dengan rasa muhibah di kalangan ahli parti. Begitu juga dengan Pergerakan Pemuda UMNO Tedong Pekan dapat menjalankan mesyuarat agung dengan tenang. Ini semua dapat dijalankan dengan mudah tanpa wujudnya pertandingan dalam sayap pemuda. Kompromi yang dirangka berjaya apabila kedua-dua kumpulan menerima guna pakai plan yang dirancang tanpa wujunya perasaan tidak puas hati. Adalah menjadi harapan pemuda tedong pekan kembali bersatu seperti dahulu dan menjadi pergerakan pemuda yang aktif di dun Serkam dan Parlimen Jasin, semestinya menjadi contoh tauladan kepada cawangan lain di Malaysia.Kami ahli sayap pemuda masih sayangkan parti UMNO sebagai parti nasionalis kami dalam memperjuangkan hak bangsa melayu. Kami juga masih setia untuk bersatu di bawah pemerintahan kerajaan BN untuk menerajui Malaysia yang dicintai ini. Sesungguhnya kami sedar UMNO masih lagi releven seperti mana dahulu walaupun pelbagai dugaan hebat melanda. Semua yang ditulis ini adalah amanat dari akar umbi yang mahu UMNO menjadi medan untuk menyalurkan pelabagai masalah untuk dikenal pasti dan dikaji. Kami juga berharap dengan semangat yang begitu membara di kalangan ahli pemuda menjadi pemangkin dan pembakar semangat untuk bersatu demi memenangkan calon pada pilihan raya ke 13 nanti. Harapan kami kepada Y.B jengok-jengoklah masalah pemuda ini, cuba atasi segala masalah kami, dan kami percaya Y.B mampu untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh kami. Kami berharap segala keharmonian ini akan kekal selamanya.