Monday, September 29, 2008

KEPADA PERWAKILAN BERANI BERUBAH

Kalau tuan memilih intan
cukup saya dengan suasa
kalau tuan jadi perwakilan
inilah masa tunjuk kuasa

Dari tedong ke Rantau Panjang
dapat sekati daging rusa
pemuda kini dah besar panjang
mengapa diam tak bersuara

kalau tuan ke gua niah
sudahkah cukup dengan bekalan
pada perwakilan diucap tahniah
kerana benar kita berlawan

kalau duduk asyik termenung
sedar lah hari semakin petang
pada perwakilan harapan menggunung
pulihkan semangat untuk berperang

usah kemaruk air kelapa
kalau diikut badan binasa
jasa perwakilan tak kan dilupa
cetuskan semangat selamatkan bangsa

muda dan mudi pergi ke sawah
tanak beras nasinya hangit
sedikit budi bukannya mudah
seberat bumi antara langit

Orang muda pergi membajak
ambil cangkul tepi bangsal
jadilah tuan pemilih yang bijak
jangan sampai terbit sesal

jangan diikut badan yang letih
sambil sambil balingkan joran
sedikit nasihat bila memilih
gunakan akal tetapkan fikiran

emak didapur memilih pinggan
pinggan yang elok diisi bubur
tugas memilih bukanya ringan
jika tersilap UMNO Berkubur

Jika mahu menyimpan permata
jangan disorok atas bendul
Calon Gemilang di depan mata
mengapa dipilih calon yang sugul

saya ingin minta tolong
Belikan saya sekati pulut
YB Mukriz kita sokong
selamatkan pemuda dari jumud