Friday, August 15, 2008

KOMPROMI

Memandangkan hari mesyuarat agung tinggal 2 hari sahaja lagi, dengan keaadaan/situasi panas yang sedang melanda pemuda kami. Satu pendekatan murni telah diambil oleh bapa angkat kami bagi meredakan segala kekusutan ini. Beliau telah memanggil ketua bagi kumpulan tersebut untuk mengadakan perbincangan dan musyawarah bagi mencari jalan terbaik untuk menguraikan masalah ini. Pendekatan secara berbincang atau bersemuka diguna pakai bagi melihat 2 kumpulan yang menawarkan diri dapat mencari satu jalan yang terbaik. Usaha yang dilakukan setakat artikel ini ditulis membuahkan hasil. Kesepakatan mula dapat dilihat dari pertemuan yang dirancang. Mereka ini telah mengambil satu inisiatif iaitu mengadakan kompromi dengan harapan mesyuarat pada malam tersebut berjalan dengan lancar tanpa melibatkan pertandingan bagi kesemua sayap. Adalah amat diharapkan agar persetujuan yang diguna pakai ini di terjemahkan pada malam tersebut. Segala pandangan serong dari mereka yang ingin melihat pemuda Tedong Pekan berbalah tidak kesampaian di atas kompromi ini. Oleh yang demikian inisiatif yang diguna pakai ini harus dijadikan contoh kepada mana-mana cawangan yang akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat. Penulis juga mengaharapkan agar keputusan yang telah dibuat ini benar menjadi kenyatan. Harapan agar Pemuda Tedong Pekan bersatu menjadi kenyataan.