Seperti yang dinyatakan mesyuarat Agung UMNO Tedong Pekan telah berlangsung dalam suasana harmoni dengan rasa muhibah di kalangan ahli parti. Begitu juga dengan Pergerakan Pemuda UMNO Tedong Pekan dapat menjalankan mesyuarat agung dengan tenang. Ini semua dapat dijalankan dengan mudah tanpa wujudnya pertandingan dalam sayap pemuda. Kompromi yang dirangka berjaya apabila kedua-dua kumpulan menerima guna pakai plan yang dirancang tanpa wujunya perasaan tidak puas hati. Adalah menjadi harapan pemuda tedong pekan kembali bersatu seperti dahulu dan menjadi pergerakan pemuda yang aktif di dun Serkam dan Parlimen Jasin, semestinya menjadi contoh tauladan kepada cawangan lain di Malaysia.Kami ahli sayap pemuda masih sayangkan parti UMNO sebagai parti nasionalis kami dalam memperjuangkan hak bangsa melayu. Kami juga masih setia untuk bersatu di bawah pemerintahan kerajaan BN untuk menerajui Malaysia yang dicintai ini. Sesungguhnya kami sedar UMNO masih lagi releven seperti mana dahulu walaupun pelbagai dugaan hebat melanda. Semua yang ditulis ini adalah amanat dari akar umbi yang mahu UMNO menjadi medan untuk menyalurkan pelabagai masalah untuk dikenal pasti dan dikaji. Kami juga berharap dengan semangat yang begitu membara di kalangan ahli pemuda menjadi pemangkin dan pembakar semangat untuk bersatu demi memenangkan calon pada pilihan raya ke 13 nanti. Harapan kami kepada Y.B jengok-jengoklah masalah pemuda ini, cuba atasi segala masalah kami, dan kami percaya Y.B mampu untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh kami. Kami berharap segala keharmonian ini akan kekal selamanya.
Friday, August 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Datuk Onn dulu dah kata, pemimpin UMNO memberikan kerakyatan murahan untuk merdeka.
Orang UMNO tak mahu percaya.
sudah bertahun UMNO mencaci dtuk Onn, sekarang baru nak puja dia?
Kenapa tak ikut Datuk Onn masuk IMP?
Kenapa orang UMNO masih bersetongkol dengan Tunku yang mahu memberikan kerakyatan murahan untuk memenangkna perikatan?
Kalau orang Melayu ramai2 ikut Datuk Onn, keadaan tak serumit sekarang?
Kenapa masih lagi dalam UMNO?
Aku tak mahu ambil tahu, apa yang awak tahu dan faham tentang perjuangan Dato On, yang aku tahu penghormatan harus diberi kepada Allahyarham di atas perjuangannya menubuhkan UMNO. "Pemimpin datang pemimpin pergi" tidak ada yang atas muka dunia ni semua baik belaka. Apa yang ditinggal itulah warisan yang aku harus tahu "Dan Kami Pemuda " harus pertahankan.Sebagai pemimpin pemuda UMNO Tedong Pekan, awak tengoklah sampai ke hari ini Pas atau PKR masih tak mampu menubuhkan cawanganya apa sebabnya? Hanya jawapan yang ada pada anda.. nak jadi pemimpin jadilah contoh pemimpin kepada mereka yang perlukan pemimpin di alam nyata bukan mereka yang menjadi pemimpin di alam siber ini. fikirkanlah
aku copy dari ko punyer kenyataan pemuda tedong..
kau baru dalam dunia siber...hidup berada dalam umno penuh dengan kepura-puraan..
aku mahu ko sendiri stadi sejarah dato on..bukan jawab dengan buta tuli macam ni..kaji kenapa dato on keluar dari umno...ko xplan...orang umno mesti bule jawab punyer..
Tahniah & Syabas kepada Pemuda Kg Tedong Pekan atas pembaharuan yang dibuat dengan mewujudkan blog seperti ini. Sesuai dengan perkembangan media hari ini yang mana kebanyakan masyarakat tidak lagi terlalu bergantung kepada saluran-saluran konvensional seperti suratkhabar, radio, ceramah dan sebagainya.
Tahniah juga kepada barisan kepimpinan yang baru yang dilantik supaya dapat 'mengislahkan' kepimpinan lama kepada satu bentuk, gaya serta daya kepimpinan yang jitu, ikhlas dan berani di dalam menyuarakan pandangan pemuda khususnya yang melibatkan hak-hak orang Melayu selari dengan apa yang termaktub dalam perlembagaan. Namun semua itu mustahil untuk dilaksanakan sekiranya pemimpin serta ahli UMNO yang ada pada hari ini benar-benar menghayati 'erti perjuangan UMNO yang sebenarnya'. Hari ini kebanyakkan dari kita merupakan ahli UMNO 'warisan turun temurun'. Mungkin kajian boleh dibuat untuk melihat berapa ramai ahli UMNO, tidak kira pemuda/i, wanita yang memahami konsep perjuangan UMNO di dalam memartabatkan orang-orang melayu. Pemahaman ini cukup signifikan kepada kelangsungan kewujudan UMNO di masa hadapan. Mana mungkin pemahaman ini dapat dikongsi sekiranya budaya ilmu, pembacaan, rujukan tidak diterap dalam kehidupan seharian. Sebagai anak jati Kg Tedong, saya melihat perkara pokok seperti ini dipinggirkan dan kita kebanyakkan dihidangkan dengan aktiviti/program yang bersifat kosmetik. Faedah kepada masyarakat yang bersifat jangkapanjang yang lebih diperlukan dalam arus globalisasi terus dipinggirkan. Ini adalah antara cabaran-cabaran yang perlu dihadapi, direnung serta difikirkan oleh barisan kepimpinan yang baru di dalam membawa satu wadah perjuangan ke landasan asal perjuangan UMNO yang sebenar. Bukan UMNO zaman Tun Mahathir, Bukan UMNO zaman Pak Lah tetapi UMNO zaman Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak.
Kepimpinan hari ini sudah tidak relevan lagi sekiranya kita terus memomok-momokan ahli dengan 'lagu-lagu' lama. Kita teruskan dengan ucapan, janji-janji 'retorik' dalam memenangi hati ahli. Tetapi apa yang ahli inginkan pada hari ini ialah satu tindakan ke arah melahirkan masyarakat yang berilmu, mempunyai pemikiran yang berkualiti serta sudah pastinya kedudukan ekonomi, sosial masyarakat berada pada tahap yang amat membanggakan.
Kita maklum, semua itu sekiranya dibuat kajian dan diberi penilaian,'tiada apa yang boleh dibanggakan'bagi penduduk Kg Tedong. Amalan serta budaya masyarakat yang selama ini menjadi amalan penduduk Kg perlu diubah. Amalan serta budaya itu rasanya tidak perlu untuk diolah di sini kerana selaku ahli dalam masyarakat kita semua sedia maklum apakah budaya serta amalan negatif yang perlu dihindarkan. Kita mahu ahli serta pemimpin yang 'tahu dan faham' atas apa yang diucapkan. Kita mahu pemimpin yang membuat 'home-work' dan bukan sekadar pemimpin yang inginkan jawatan.
Pemimpin kena selalu membaca, melihat statistik, trend, aliran ekonomi, politik dan sebagainya. Ini bagi membantu memperlengkapkan sebagai seorang pemimpin yang berinformasi, terkini dan berkarisma. Kita mahukan pemimpin yang idealisitk ke arah memartabatkan bangsa, agama dan negara.
Berbalik kepada sumpah keramat Dato’ Onn, saya agak tertarik dengan sumpah tersebut tetapi saya cukup yakin anak-anak muda mampu membacanya dengan laungan, teriakan yang penuh semangat. Tetapi adakah dengan laungan tersebut mereka ‘benar-benar memahami, menjiwai dan dapat menginterpretasikan’ sumpah keramat tersebut dalam perjuangan pergerakan pemuda UMNO. Ini yang telah saya perhatikan sejak sekian lama kita hanya ‘mengulang-ulang’ pernyataan-pernyataan dan maaf kalau saya katakan kadang-kadang kita sendiri tidak faham dengan apa yang diucapkan. Inilah yang perlu diubah kepada satu dimensi yang baru selari dengan perkembangan semasa.
Post a Comment