Thursday, August 14, 2008
Kouta 10 % bukan bumiputera masuk UITM
Merujuk kepada isu yang dibuat oleh Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor, kami Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Tedong Pekan membantah sekeras-kerasnya cadangan tersebut. Cadangan yang diibaratkan "seperti kaduk naik junjung" ini dibuat berdasarkan campur tangan dari pihak tertentu yang ingin melihat keistimewaan kaum melayu terhakis. Amat malang bagi rakyat Selangor mempunyai menteri besar seperti ini. Mereka ini diibaratkan seperti "lembu dicucuk hidung" hanya menuruti kehendak orang lain tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat melayu. Adalah amat tidak wajar sebagai seorang menteri besar membuat kenyataan sedemikian ianya mengguris hati masyarakat melayu khasnya. Sebagai orang melayu beliau sepatutnya memikirkan cara-cara khusus untuk memartabatkan bangsanya sendiri bukanya membuka keistimewaan yang telah dinikmati selama ini. Inilah perjuangan PKR selama ini bukan perjuangkan nasib Melayu sebaliknya perjuangkan hak pihak tertentu yang tidak senang melihat kedudukan bangsa melayu yang terjamin pada hari ini. Dalam situasi seperti ini sepatutnya menteri besar memohon maaf kepada orang melayu diatas lontaran apa yang diucapkanya. Oleh yang demikian kepada penyokong PKR fikirkanlah apakah yang anda kecapi pada hari ini atas usaha PKR sendiri? jawapanya ada pada anda "tepuk dada tanyalah selera".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam bro......sebagai ahli UMNO saya bersetuju dengan perasaan terkilan ahli UMNO atas cadangan pembukaan kuota 10% UiTM kepada bukan bumiputra. Namun sebagai ahli UMNO tulen, kita juga wajar merasa terkilan kerana tiada siapa dikalangan ahli UMNO yang bersuara apabila pertukaran nama Tanah Melayu kepada Malaysia. Pembukaan kuota 10% bukan bumiputra untuk kemasukan ke MRSM. Bahasa Melayu dipinggirkan dalam pengajaran subjek Sains & Matematik. Saya menyeru kepada ahli-ahli UMNO supaya soal hak-hak orang Melayu perlu diberi perhatian dan keutamaan dan bukan hanya melenting apabila isu tersebut dicadangkan oleh pihak pembangkang sedangkan dalam pada masa yang sama ibarat gunting dalam lipatan. Pemuda UMNO samada secara sedar atau tidak berapa ramai anak kampung Tedong yang berjaya dalam subjek Sains dan Matematik selepas pendekatan baru ini. Adakah ianya meningkat atau sebaliknya. Soal-soal sebegini yang harus diberi penumpuan. Saya cadangkan sayap pemuda/sebagainya perlu mewujudkan 'kumpulan pemikir' atau focus group discussion bagi melihat/membincangkan sesuatu isu. Sebagai contoh soal pendidikan, ekonomi, agama, soial dan sebagainya. Namun berdasarkan kepada senarai barisan j/kuasa yang dilantik, saya merasakan suatu tindakan perlu dilakukan. Jika tidak 'pi mai-pi mai tang tu'. Menang sorak kampung tergadai.
Post a Comment