Wednesday, September 3, 2008

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA

Pada 30.08.2008, Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Tedong Pekan bersama UMNO,Wanita dan Puteri telah mengadakan sambutan Ambang Merdeka peringkat cawangan. Pelbagai program menarik telah diatur untuk menyemarakan ambang kemerdekaan negara yang ke 51 tahun. Program yang dirancang dimulakan dengan kenduri kesyukuran sempena Bulan Syaaban. Persiapan awal dimulakan dengan orang kampung bergotong royong menyediakan jamuan, diketuai oleh Cik Lun, selaku ketua wanita menggerakan kumpulanya menyediakan lauk pauk sebagai juadah untuk kenduri pada sebelah malamnya. Antara lauk yang disediakan ialah, nasi puteh, gulai kari daging, rojak darat,ikan kering, paceri asam dan lauk jawa. Enak sekali rasanya. Tahniah kepada cik Lun dan kakitanganya sungguh semangat sekali. Pada sebelah malamya acara dimulakan dengan doa selamat dan kenduri diikuti oleh Ucapan Ketua UMNO Cawangan Tedong Pekan cik Talib. Ada juga ceramah kemerdekaan oleh tamu jemputan kami selaku Veteren UMNO, nyayian patriotik karaoke, cabutan nombor bertuah dan acara kemuncak nyayian serta menaikan bendera Malaysia dan Melaka diiringi percikan bunga api. Tak lupa juga Perasmian majlis kami dilakukan oleh Y.B Datuk Haji Ahmad Hamzah selaku Ahli Parlimen Jasin. Setulus budi buat kehadiran Y.B Tuan Haji Ghazalie bin Muhamad ADUN Serkam dan Y.B Senator Datuk Akbar bin Ali (anak jati tedong). Akhir sekali tahniah kepada semua AJK yang terlibat dalam majlis ini.

2 comments:

ABUZAR said...

Tahun ni kenapa orang tak semangat nak sambut merdeka, bendera free pun susah nak dapat,kenderaaan pun tak minat nak pasang kecuali orang tedong aja.Saya pun pelik cara Umno tedong sambut merdeka, lepas baca doa dan tahlil bernyayi karoke pula... mungkin Umno tedong dah dapat menghayati Islam Hadarai tajaan Pak Lah... tahniah !

tedong selar said...

Good job buat penduduk Kg Tedong. Satu smeangat kekitaan yang tinggi...gotong royong, rewang sama2 bagi membuat persiapan menyambut ambang merdeka...usaha sebegini perlu diteruskan di masa akan datang agar ianya menjadi satu kewajipan dan kemestian kepada warga malaysia yang cintakan keamanan. Semoga usaha2 sebegini dapat membantu meningkatkan semangat jatidiri anak2 muda khususnya......well done & congratulation.....cuma 1 ucapan pemimpin2 UMNO tetap lagu tu gak....