Thursday, September 4, 2008

MESYUARAT AGUNG UMNO

Pada 30/08/2008, maka telah selesai semua cawangan UMNO di dalam Dun Serkam mengadakan Mesyuarat agung untuk tempoh 2008-2011. Semua mensyuarat yang telah dijadualkan oleh UMNO Bahagian Jasin berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Melalui pemerhatian saya sepanjang berlangsungnya mesyuarat cawangan, terdapat kelainan dan perubahan yang ketara dalam pemilihan ketua cawangan yang telah dilantik. Semua ketua cawangan ini kebanyakanya adalah muka-muka baru yang memenangi dalam pertandingan tersebut, kompromi dan sebagainya. Terdapat beberapa bekas ketua cawangan yang kalah dalam pemilihan tersebut dan akur ke atas kehendak akar umbi. Ada sesuatu yang menarik untuk saya kongsikan di UMNO Cawangan Tedong Pantai, bekas ketua cawangan tersebut telah dikalahkan oleh seorang muka baru yang berpengaruh dikalangan pemuda dan belia. Menariknya disini, hampir sebilangan besar masyarakat Tedong Pantai memberikan kepercayaan kepada tokoh pemuda ini untuk mewakili mereka. Mungkin orang Tedong pantai mahukan perubahan agaknya ? Sebagai sahabat lama, berkecimpung dalam pemuda sekalung tahniah kepada ketua cawangan Tedong Pantai yang baru mungkin anda berpeluang cerah dalam politik ini berdasarkan kelebihan yang ada padanya. Tidak kurang juga dengan perubahan ketua cawangan baru antara cawangan yang mendapat ketua baru melalui pemilihan akar umbi ialah Cawangan Sempang Pekan, Sempang,Tedong Pantai,Tedong Pekan, Tedong, Bukit Serkam, Serkam, Pulai Barat, Pulai Darat, Bukit Tembakau. Apa yang diharapkan dengan perubahan ini, amanah yang dipikul perlu bersandarkan kepada rasa tanggungjawab terhadap masyarakat yang telah mempercayai anda.

1 comment:

tedong selar said...

Saya amat tertarik dengan perkembangan yang dilalui oleh pemimpin2 lama@ketua2 cawangan UMNO dalam Dun Serkam. Saya sempat bersama dalam beberapa mesyuarat pemilihan tersebut dan klimaksnya adalah di caw. Tedong Pantai. Personally saya tidak menyangka bagaimana seorang 'tycoon' UMNO boleh tewas kepada satu muka baru dari kalangan pemuda. Dan yang paling menyedihkan ialah bagaimana 'proses kejatuhan' tersebut. Kedengaran suara-suara nakal/sumbang yang menyatakan kami tidak mahukan rasuah, kami tidak mahukan jenayah dan bermacam lagi yang mewarnai suasana pada malam tersebut.
Ini semua perlu diambil iktibar kepada pemimpin-pemimpin baru yang terpilih supaya tidak mengulangi irama dan skrip lama yang sering dilagukan.
Jika tidak tidak mustahil hal yang sama akan berlaku di masa akan datang. Hanya masa dan ketika yang akan menentukan. Satu perkara yang positif ialah kita melihat bagaimana corak pemikiran ahli pada hari ini telah berubah. Ahli pada hari ini telah mula menampakkan kematangan dalam memilih ketua/pemimpin mereka.