Monday, September 29, 2008

KEPADA PERWAKILAN BERANI BERUBAH

Kalau tuan memilih intan
cukup saya dengan suasa
kalau tuan jadi perwakilan
inilah masa tunjuk kuasa

Dari tedong ke Rantau Panjang
dapat sekati daging rusa
pemuda kini dah besar panjang
mengapa diam tak bersuara

kalau tuan ke gua niah
sudahkah cukup dengan bekalan
pada perwakilan diucap tahniah
kerana benar kita berlawan

kalau duduk asyik termenung
sedar lah hari semakin petang
pada perwakilan harapan menggunung
pulihkan semangat untuk berperang

usah kemaruk air kelapa
kalau diikut badan binasa
jasa perwakilan tak kan dilupa
cetuskan semangat selamatkan bangsa

muda dan mudi pergi ke sawah
tanak beras nasinya hangit
sedikit budi bukannya mudah
seberat bumi antara langit

Orang muda pergi membajak
ambil cangkul tepi bangsal
jadilah tuan pemilih yang bijak
jangan sampai terbit sesal

jangan diikut badan yang letih
sambil sambil balingkan joran
sedikit nasihat bila memilih
gunakan akal tetapkan fikiran

emak didapur memilih pinggan
pinggan yang elok diisi bubur
tugas memilih bukanya ringan
jika tersilap UMNO Berkubur

Jika mahu menyimpan permata
jangan disorok atas bendul
Calon Gemilang di depan mata
mengapa dipilih calon yang sugul

saya ingin minta tolong
Belikan saya sekati pulut
YB Mukriz kita sokong
selamatkan pemuda dari jumud

9 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...
This comment has been removed by the author.
UMNO PARTI PENJARA said...
This comment has been removed by the author.
UMNO PARTI PENJARA said...
This comment has been removed by the author.
tedong selar said...

Sokonglah Mukhriz tu...lum tentu dia boleh membawa perubahan sepertimana yang dikehendaki...saudara perlu melihat sejarah bagaimana mukhriz memainkan peranan@mengaut keuntungan sepanjang Tun jadi PM dulu....lagi 'maha dahsyat'.....saya kira Tun berjaya menanamkan benih2 rasuah, politik wang, salahguna kuasa dan sebagainya. Sedar tak b'mana pemilihan UMNO sekarang ni dicemari dengan unsur rasuah, politik wang, cantas mencantas, fitnah memfitnah, ugut mengugut, pergaduhan, kekecohan dan sebagainya...sebab apa??????sebab 'nawaitu' sebenarnya bukan kerana ingin memperjuangkan bangsa, agama atau negara....tetapi mengejar 'faedah' bagi kepentingan diri....UMNO umpama sarang gula yng menjadi tumpuan semut...perwakilan semut, UMNO adalah gula...selagi perkara ini tidak diperbetulkan tunggulah masa dan ketika UMNO akan berkubur. Pemimpin dipilih bukan kerana kredibilitinya tetapi dipilih berdasarkan kemampuan kewangannya. Yang kaya akan memimpin walaupun xde kredibiliti...natijahnya lihatlah pemimpin yang ada pada hari ini...Sedarlah wahai PEMUDA2 Tedong Pekan...jangan seperti ayam berkokok ekor penuh tahi...be smart & gentle...kita memang perlu pejuang2 tetapi PEJUANG2 TULEN YANG BERANI KERANA BENAR......UMNO bukan terletak pada Presiden..turun Pak Lah@Presiden belum menjamin keteguhan PARTI..kenapa pendeknya pemikiran ahli2 UMNO ek...itupun tak boleh nk fikir lagi....camana nak pimpin negara.....wassalam

perjuanganku said...

tedong selar tak perlu nak sindir kami. kenalkan diri anda siapa? renungi diri anda sendiri apa lebihnya ape kurangnya. kalu anda bagus sangat mempunyai idea yang sangat bernas, kemukakan tak perlu nak "sorok kuku". kami rela dipimpin oleh anda. buatlah blog sendiri kemukakan idea bernas anda kongsilah dengan kami, biar pulak kami beri idea. komen dipersilakan tapi tiada satu pun cadangan dikemukakan dari anda. entahlah kata ahli UMNO Tedong. Ajar kami bagaimana untuk menjadi Ahli UMNO tulen? ajar kami untuk setia pada parti? ajar kami setia pada presiden.. apa2 ajar kami. Jika anda masih tidak setuju dengan kepimpinan UMNO Tedong Pekan saya boleh bawa anda menjadi ketua kami.

Tak payah bergaduhlah sesama kita..

Buat yang terbaik :-)

Jangan Potong Q :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Sindrom Mat Salleh Celup
http://pro-faizal.blogspot.com
Suara generasi Baru
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Semangat Baru UMNO >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com

Salimi said...

asalamulaikum,

Macam mana sekarang datuk ali dah tak boleh bertanding. Macam tak adil pun ada, mana boleh kes yang lain ada calon yang bersalah tapi boleh bertanding.

Tak Adil 10x.