Apabila di sebut pelajaran BI sahaja sememangnya orang melayu merasakan satu pelajaran yang sukar untuk diikuti oleh sebahagian besar anak melayu. Program yang telah direncanakan ini merupakan satu anjakan paradiqma yang amat berkesan bagi melahirkan sebuah bangsa melayu yang mampu bersaing diperingkat global dan glokal. Namun pada hari ini terdapat cakap-cakap yang inginkan P&P ini dihentikan dan kembali kepada dahulu kala. Kalu dikira terdapat pro dan kontra atas candangan ini, namun kalu di fikir dan dikaji semasak-masaknya terdapat bibit kebaikan akan muncul selepas beberapa tahun ia dilaksanakan. Memang benar hasil yang yang akan diperolehi pada awal-awal perlaksanaan amat mendukacitakan, tetapi hasil untuk tahun berikutnya mungkin amat memberangsangkan. Sebagai oarang yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan, saya beranggapan bahawa program yang bagus ini harus diteruskan kerana apa yang dapat dilihat pemasalahanya ialah pengguasaan bahasa inggeris yang lebih baik oleh pelajar khususnya anak melayu. bukanya pengajaran sains dan matematik dalam BI menyebabkan pencapaian murid menjadi mundur. ianya boleh diatasi sekiranya BI dapat dikuasai oleh murid maka tiada pemasalahanakan timbul dalam pengajaran sains dan matematik dalam BI. Oleh itu apa yang dapat dilihat disini sebenarnya ialah penguasaan BI yang perlu lebih baik barulah hasil ini dapat dilihat di dalam pengajaran sains dan matematik dalam BI.
Dari segi politik pihak pembangkang khusunya DAP pada dasarnya tidak mahu melihat anak melayu pandai dalam BI, sebenarnya mereka ini takut apabila kepandaian anak melayu dalam BI akan mengatasi anak2 mereka dari segala aspek. Dalam erti kata yang sebenar mereka ini mahu melihat anak melayu terus mundur dan ketinggalan dalam semua ilmu dan tidak setaraf anak mereka. INILAH AGENDA DAP YANG TERSEMBUNYI. sebenarnya idea ini amat bagus untuk jangka panjang bagi memantapkan anak melayu. apakah kita mahu melihat anak melayu mundur hanya faktor bahasanya. kalu dilihat hari ini anak melayu hanya mampu menguasai bahasa ibunda, kita tidak mampu menguasai bahasa lain seperti cina dan india, tetapi anak cina mampu untuk menguasai 2 bahasa iaitu bahasa ibundanya dan bahasa melayu. lihatlah kelebihanya, oleh itu BI ini perlu sebagai batu penimbangnya.
Mari kita kaji dari segi perlaksanaanya, pihak pembangkang mengatakan SRJKC dan SRJKT bermasalah untuk mengajar subjek sains dan matematik dalam BI, sebaliknya mereka inilah yang membuat persediaan awal dengan menghantar anak mereka di kelas-kelas tusyen luar sebagai persiapan awal untuk anak2nya. Malangnya bagi orang melayu, apa yang kita buat untuk anak-anak kita? hanya mengaharapkan pihak sekolah untuk berbuat sesuatu. Amat malang sekali apabila ada pula yang menyokong agar memberhentikan sahaja program ini. Oleh itu jagan salahkan dasar yang telah dirancang sebaliknya kita salahkan diri kita apa yang kita buat untuk anak dan diri kita dalam memantapkan lagi pengusaan BI. Orang melayu bangkitlah dari pemikiran yang kuno ini majulah setapak lagi. berikan idea dan cadangan yang bernas bukan mencaci atau menghina program yang amat murni ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Pengajaran subjek Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris. Saya agak tertarik dengan komen saudara di dalam mempertahankan hujah menyokong dasar2 yang telah dibuat selama ini. Tetapi apa yang lebih menarik perhatian dan emosi saya adalah hasil daripada dasar yang telah dijalankan. Saya melihat saudara hanya menggunakan hujah-hujah ‘naratif’ yang tidak disokong dengan fakata, bukti-bukti imperikal, statistik, kajian-kajian ilmiah dan sebagainya. Seharusnya perkara-perkara ini perlu kita kaji, selidik supaya ianya membolehkan kita mempunyai maklumat sebelum kita menyuarakan suatu pandangan.
Saudara mungkin maklum, bagaimana terdapat konvensyen UMNO sebuah negeri sambil disokong oleh beberapa persatuan cendiakawan merayu dan memohon agar dasar ini dikembalikan kepada asal. Untuk makluman, konvensyen ini dirancang khusus bagi membincangkan pro dan kontra dasar yang sedang dilaksanakan. Peserta-peserta konvensyen tersebut bukanlah orang-orang biasa sepertimana kita, tetapi merupakan pakar-pakar yang arif lagi bijaksana dalam hal-hal yang berkaitan khususnya dalam hal-hal yang berkaitan soal pendidikan ini. Mereka bersependapat bahawa ‘based on statistic, records and others finding’ menunjukkan ianya tidak memberi manfaat secara total buat bangsa Melayu dalam jangkamasa panjang khususnya masyarakat luar bandar. Adakah saudara selaku pendidik faham dan jelas akan perkara ini. Mereka bersependapat dan bersetuju bahawa penguasaan Bahasa Inggeris ini memang tidak dapat dinafikan akan kepentingannya, namun pendekatan yang betul perlulah dilaksanakan dan bukannya menjadikan subjek Matematik dan Sains sebagai mangsanya. Mereka mencadangkan agar pengajaran&pembelajaran (P&P) subjek Bahasa Inggeris sediada dipertingkatkan dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran, penambahan masa subjek BI, latihan kepada guru BI dipertingkatkan dan sebagainya. Adakah saudara maklum kajian yang dijalankan mendapati guru-guru juga tidak bersedia untuk mengajar subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Saya kurang setuju dengan pandangan kononya ia adalah agenda sulit DAP di dalam menghancurkan orang-orang Melayu. Sebenarnya DAP hanya mengambil kesempatan atas kelemahan dan kesilapan atas segala dasar-dasar yang dibuat. Sebagai contoh cuba kita bandingkan P&P di SRJK(C) dengan Sek. Kebangsaan. Mengapa P&P di SRJK(C) lebih fokus berbanding dengan Sek. Kebangsaan yang banyak dihidangkan dengan program-program kosmetiknya yang tidak bermanfaat langsung kepada pelajar.
Sebagai ahli UMNO yang tulen, kita sewajarnya menjadi ahli yang waras dan matang dan bukannya mengikut, mengia apa sahaja secara membuta tuli. Lantaran itu sebenarnya kepimpinan yang ada hari ini perlu merubah kepada satu keadaan yang baru sekiranya benar-benar berhasrat untuk mengangkat martabat dan kedudukan ahli yang dipimpin. Sekali lagi, bersamalah kita memperbanyakkan maklumat sebelum kita memberi pandangan.
Di sini saya kemukakan petikan dari s/khabar Star bertarikh 2 September 2008 untuk renungan bersama. Kajian-kajian sebegini sememangnya diperlukan bagi 'menjustifikasikan' topik yang kita bincangkan ini agar menjadi satu topik yang berguna, sarat dengan bukti serta kajian yang dijalankan dan bukanya sekadar menjadi tukang angguk@burung kakaktua.
Ramai guru Sains dan Matematik masih lemah penguasaan Bahasa Inggeris
BESUT: Guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik diminta meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka dengan memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk tujuan itu.
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail berkata imbuhan yang diterima mereka itu sepatutnya digunakan untuk membeli buku atau menghadiri kelas tuisyen bahasa Inggeris bagi mempertingkatkan kemahiran mereka dalam menguasai bahasa itu.
Ramai di kalangan guru Sains dan Matematik dikesan menggunakan wang itu untuk tujuan lain menyebabkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan guru Sains dan Matematik masih di takuk lama, katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pengetua dan guru besar serta guru penolong kanan sekolah daerah Besut di sini hari ini.
Razali berkata sejak Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan, kerajaan telah membayar BISP kepada guru Sains dan Matematik berdasarkan kelulusan iaitu lima peratus tambahan daripada gaji untuk guru berkelulusan ijazah manakala 10 peratus pula untuk mereka yang berkelulusan diploma.
Beliau tidak menafikan Program Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris menghadapi sedikit masalah yang berpunca daripada kelemahan guru dalam menguasai kemahiran Bahasa Inggeris untuk mengajar subjek itu.
Razali berkata setakat ini kerajaan telah membelanjakan hampir RM5 bilion untuk program itu. BERNAMA
Salam...sekadar memperteguhkan topik perbincangan kita berkaitan dengan topik ini..maaf kerana saya memang berminat dengan topik ini kerana saya melihat soal ilmu tidak boleh kita kompromi.
Pada Ahad lepas kalau kita baca Berita Minggu, muka hadapan tersebut secara jelas menunjukkan betapa ketinggalannya anak-anak kita@melayu. Seramai 146,000 @ 30% pelajar memperolehi D dan E dalam peperiksaan mereka. Kebanyakkanya ialah pelajar luar bandar. Adakah kita sebagai ahli UMNO sejati sedar/tidak perkara ini.
Janganlah terlalu taksub takut2 menang sorak kampung tergadai.
Dan jangan pula sampai nanti anak-anak kita kata Alif, Mim, Nun, Wau = Sarkis......Fikir-fikrkanlah
Post a Comment